Friday, July 17, 2009

Biskut Suji

Ini contoh biskut suji dan biskut semprit yang sempat aku buat hari nie...LayanZZZZZZZzzzzzz...

Biskut Suji

Bahan-bahannya..

300gm minyak sapi ghee / apa pun jenama asal minyak sapi
250gm gula kaster
300gm tepung jagung
200gm tepung gandum
1 sudu makan vanilla
1 biji telur

cara-caranya:

Gaul minyak sapi dengan gula hingga sebati. masukkan telur dan gaul hingga sebati diikuti dengan vanilla dan tepung masukkan sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut....bentukan mengikut kreativiti masing2...terap pun boleh...bulat2kan pun boleh...hehehe...panaskan oven 180'c selama 10 minit dan masukkan biskut bakar selama 15-20 minit atau kekuningan....sejukkan dan masukkan kedalam bekas kedap udara.

RM22.50 50 biji


Biskut Semprit


Bahan-bahannya...

250gm buttercup
2 biji kuning telur
200gm tepung kastad
100gm tepung jagung
50gm tepung gandum
1 sudu vanilla
pewarna kuning

hiasan Ceri merah / hijau

Pukul buttercup dengan gula sehingga sebati masukkan kuning telur gaul hingga sebati.....dan masukkan semua bahan yang lain adun sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh di paipkan mengunakan acuan biskut..panaskan oven 180'c selama 10 minit dan masukkan biskut bakar selama 15-20 minit atau kekuningan....sejukkan dan masukkan kedalam bekas kedap udara.....

*bagi sesiapa yang x acuan biskut untuk bunga2an...ada nozel bintang saiz besar boleh juga guna..ala mcm main picit2 buttercream...hehehe....aku guna tu ja....Siap...Sedappppppp..

RM20.00 50 biji
Botol saiz kecil - RM12.00 (30 biji)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...