Friday, July 31, 2009

Kek Lapis Tembikai Sekali Lagi...

Ini Kali kedua saya buat kek lapis tembikai...heheh best...cubalaa...cantik... sya buat separuh adunan guna loyang 7''x7''...layanzzzzzzzz.....



Cantikan?...

Resepi Sumber Pn.Rabiah Amit (Aku copy paste dr blog Bro.Rozzan)

Bahan A

20 biji kuning telur

6 biji putih telur

200 gm gula kaster

50 gm tepung roti tunjuk (biskut jejari)

150 g tepung hong kong

1 sudu makan ovellete

Coklat rice

Pewarna hijau

Pewarna kuning

Pewarna merah

Bahan B
450 gm mentega

4 sudu makan susu pekat

1 tin kecil serikaya

Cara

1. Pukul bahan A hingga kembang dan pekat. Pukul bahan B hingga putih.


2. Campurkan kedua-dua adunan dan kacau rata. Bahagikan kepada 3 bahagian

(a) pewama hijau.

(b) pewarna kuning.

(c) pewarna merah.


3. Bakar adunan kuning sebanyak 3 lapis. Diikuti dengan adunan hijau sebanyak 3 lapis.


4. Kemudian masukkan 5 sudu makan adunan merah dan ratakan. Taburkan sedikit coklat rice. Bakar.


5. Lakukan proses yang sama pada adunan merah sebanyak lapan lapisan atau sehingga habis.


6. Lapiskan pula adunan kuning sebanyak 3 lapis dan diikuti pula lapisan hijau sebanyak 3 lapis.

Kek Lapis Horliks - Milo

Saya buat separuh adunan jak..hehehe....guna loyang 6''x6''...Layanzzzzzzzzzzz......





KEK LAPIS HORLICKS-MILO

Resepi sumbangan Deeyana (tapi aku copy dr blog Bro.Rozzan)
Bahan-Bahan:
10 biji telur
16 oz mentega

220 gm gula kaster

240 gm tepung gandum (saya gunakan tepung Hong Kong)

200 gm Horlicks (saya gunakan 100gm horlicks, 100gm Milo)

1 tin susu pekat (397gm)

Cara:Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu, pukul lagi hingga pekat dan rata. Masukkan susu pekat, kacau rata. Kemudian masukkan tepung, dikacau/gaul rata dan bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dicampur Horlicks manakala yg satu lagi di bubuh Milo. Bakar selapis-selapis hingga selesai.

Thursday, July 30, 2009

Kek Coklat Ganache Lagi.....

Kek nie ditempah oleh kawanku Nonong khas untuk adik iparnya sebagai kek hantaran pertunangan...dia mau aku deko sebiji macam kek yang aku buat time kelas sifu nina hari tu..hehehe....Kek 2 biji tu lagi dia mo aku buatkan untuknya dan anaknya..saja mo makan2 dia cakap..Untuk nonong terima kasih banyak2 ya bab percayakan aku dan menyokong aku sepanjang perkenalan kita....semoga berpuas hati hendaknya dengan kek yang ditempah....lepas nie tempah lagi ya nong..heheh....Terima kasih jua banyak turunkan resepi kekmu ngan aku ya...

3 biji kek yang telah siap di hias

Kek Hantaran Pertunangan




Kek Ganache atas permintaan Nonong..


Kek Minie Mouse untuk Anaknya...."Nonong"

Biskut Cerelex

Taraa.... ini dia biskut cerelex yang sudah 4 hari aku biarkan tanpa bersalut nestum susu...heheh...LayanZzzzz...


resepinya nanti yea...heheh...

Tuesday, July 28, 2009

Coklat

Salam suma....semalam fikir punya fikir pren aku c tiQah pun malar tanya "projek apa ko ari nie pren"...dan inilah yang terhasil hehehe...coklat perisa oren dan stoberi berintikan penutbutter....hihih kaler biru ngan merah ndak jadi lg ba...Layanzzzzzzzzzzzzzzz.......









Saturday, July 25, 2009

Biskut Nestum



Bahan-bahanya:-

250gm mentega
300gm tepung Hong Kong
100 tepung jagung
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh b.powder
100gm nestum (kisar hancur)
180gm gula kaster




hiasan

250gm coklat masakn putih
nestum kasar

Pukul mentega ngan gula sehingga sebati.

Masukkan telur dan gaul hingga sebati..

Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.bulat2kan.....

Panaskan Oven dan masakan pada suhu 180'C 15 minit...

Biarkan biskut sejuk...Kemudian masukan kedalam coklat masakan putih yang telah dicairkan dan uli dengan nestum kasar....

Cubala...Sedap....

RM20.00 50 Biji...



Friday, July 24, 2009

Kek Coklat Moist Kukus

Taraaaa...Alhamdulillah rezeki kek coklat moist malar masyhuk minggu nie....ini kek yang dtempah oleh kawan baruku Alen....Kek nie ditempah khas untuk kekasih hatinya...chewaaaa....memandangkan kek nie untuk kekasihnya... dia awal lagi ingatkan aku "untuk lelaki kek tu deko apa ja jan jak deko rose.." heheheh macam tau2 jak dia aku suka tul letak rose atas kek...apa pun setinggi terima kasih buat Alen atas tempahan tu yaaa...dan lepas nie tempahla lagi ya.hehhehe...Layanzzzzzzzz.......

stim buttercream yang xberapa nak menjadi...heheh...





Thursday, July 23, 2009

Kek Coklat Moist Lagi....

Huhu...ini projek aku hari nie....tempahan dbuat oleh org yang sma yang tempah kek barbie doll..hehe...Maya kazenku...thanks ya mayaaa....selalu2la tempah ya..kek nie dtempah sempena Ulang tahun perkahwinan mummy and Daddy maya...semoga berkekelan hingga ke hujung nyawa...Amin....
tara..........

tulisan xcun..hehe...

2 biji ceri merah gitu..hehe..

sebelum dihias...

Kek Barbie Doll

Salam smua...... Alhamdulillah akhirnya berjaya jua aku menyiapkan kek barbie doll yang ditempah oleh kazenku untuk puterinya Olet....untuk Maya semoga berpuas hati dengan warna pilihanku yang bertemakan hijau dan kuning..hehehe...minta pendapat hb untuk padankan warna hijau dengan kuning..Maya lepas nie tempah lagi..hehehe untuk anak buahmu pula yaa.....LayanZZZZZZzzzzzzzzzz....







Tuesday, July 21, 2009

Aneka Biakut




BISKUT SHORTBREND


RM22.00 50 BIJI

BISKUT SUJI


RM23 50 BIJI

BISKUT ALMOND LONDON


RM20.00 50 BIJI



BISKUT ULAT BULU


RM20.00 50 BIJI


BISKUT MAMA CARRIE'S


RM20.00 50 BIJI

Friday, July 17, 2009

Biskut Suji

Ini contoh biskut suji dan biskut semprit yang sempat aku buat hari nie...LayanZZZZZZZzzzzzz...

Biskut Suji

Bahan-bahannya..

300gm minyak sapi ghee / apa pun jenama asal minyak sapi
250gm gula kaster
300gm tepung jagung
200gm tepung gandum
1 sudu makan vanilla
1 biji telur

cara-caranya:

Gaul minyak sapi dengan gula hingga sebati. masukkan telur dan gaul hingga sebati diikuti dengan vanilla dan tepung masukkan sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut....bentukan mengikut kreativiti masing2...terap pun boleh...bulat2kan pun boleh...hehehe...panaskan oven 180'c selama 10 minit dan masukkan biskut bakar selama 15-20 minit atau kekuningan....sejukkan dan masukkan kedalam bekas kedap udara.

RM22.50 50 biji


Biskut Semprit


Bahan-bahannya...

250gm buttercup
2 biji kuning telur
200gm tepung kastad
100gm tepung jagung
50gm tepung gandum
1 sudu vanilla
pewarna kuning

hiasan Ceri merah / hijau

Pukul buttercup dengan gula sehingga sebati masukkan kuning telur gaul hingga sebati.....dan masukkan semua bahan yang lain adun sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh di paipkan mengunakan acuan biskut..panaskan oven 180'c selama 10 minit dan masukkan biskut bakar selama 15-20 minit atau kekuningan....sejukkan dan masukkan kedalam bekas kedap udara.....

*bagi sesiapa yang x acuan biskut untuk bunga2an...ada nozel bintang saiz besar boleh juga guna..ala mcm main picit2 buttercream...hehehe....aku guna tu ja....Siap...Sedappppppp..

RM20.00 50 biji
Botol saiz kecil - RM12.00 (30 biji)

Wednesday, July 15, 2009

Biskut Almond Coklat Rice

Biskut nie dtempah oleh (kawan baruku) xingat namanya tapi dia keja dekat Flameless Concept di Kolombong.... Terima kasih atas tempahannya... raya mau dekat sudah nanti oder lagi banyak2 ya....hehe..harap berpuas hati dengan biskutnya...


RM20.00 50 Biji

Kek Span Perisa Keladi

Alhamdulillah hari nie dapat tempahan kek besday dari adik (pekerjaku) Ujie @ kembar Stecy (Zul) untuk buah hatinya Ella...oleh sebab dia minta kek perisa keladi 2 yang kasi tema kek warna purple dengan bunga2 cinta gitu..keh3x..Terima Kasih banyak2..harap berpuas hati hendaknya dengan kek nie yaaa....lepas nie tempahla lagi...!!!!


Tulisan tu dibuat oleh kazenku Wanie....








ndak canitk betul gambar yang aku ambik nie..iskkkk.....




Chocolate Cheese Layer Cake

salam smuaaa.....beberapa hari nie kemalasan melanda...heheee....xtau mau baking apa sbnarnyaa...pagi tadi tengah jalan2 kat MYR ternampak resepi baru yang di hantar oleh kawan dMYR (razilia) iaitu Chocolate Cheese Layer Cake...dan inilah hasil yang aku cuba...apa pun tQ buat Razilia...sedap Cheese Cake...cantik lagi..tp aku wat ndakla secantik cpenyumbang resepi...heheh..









Saturday, July 11, 2009

Kek Coklat Moist

Alhamdulillah siap jua kek coklat moist yang dminta oleh jiran setaman ku CT (pernah oder kek batik ku sebelum ada blog lagi)..hehhehe....apa pun terima kasih buat CT bab oder kek nie...semoga berpuas hati dengan keknya....kek coklat moist versi bakar......



Friday, July 10, 2009

Biskut Shortbread

Ini biskut Shortbread yang aku buat simple biskut untuk geraiku...hehe ramai udah orang minta simple biskut maklumla xlama lagi nak puasa....senang dorang mau buat tempahan kunu...Apa pun Layanzzzzzzzzzzzzz...

sedap biskut nie....tp rupanya aku wat huduh..huhu.....
simple untuk hantar ke geraiku di giant papar....



Bahan Shortbread:-
300 g tepung gandum
125 g gula halus
80 g serbuk badam
250 g mentega
110 g susu tepung
Coklat Topping:-
350 g coklat masakkan
1 camca teh shortening
200 g white cooking choclate
Cara membuatnya:-*Satukan semua bahan2 untuk shortbread dalam satu bekas, gaul hingga adunan menjadi doh yang lembut. Keluarkan alat pemotong dari acuan, alas dasar tin dengan kertas minyak, biar besar dari saiz tin.*Masukkan doh tadi ke dalam tin dan ratakan hingga memenuhi tin. Tekan2 supaya sama rata dan seimbang. Masukkan kembali alat pemotong dan tekan perlahan hingga rata. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 20 minit. Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan alat pemotong tadi dan biar shortbread betul2 sejuk.*Panaskan coklat masakan secara double - boiler, bila coklat cair, masukkan shortening dan kacau hingga rata. Angkat coklat tadi dan tuang atas shortbread. Ratakan coklat hingga memenuhi permukaan shortbread. Ketepikan sebentar.*Cairkan white cooking chocolate secara double - boiler. Bila cair masukkan dalam piping beg dan paipkan beberapa garisan memanjang atas coklat tadi. Bila siap. Ambil lidi sate atau chopstick, lorek ke kanan dan ke kiri secara melintang garisan coklat putih tadi hingga mendapat corak yang diingini.*Kemudian, masukkan kembali alat pemotong tadi dan tekan perlahan2. Sejukkan dalam peti sejuk hingga colat keras, keluarkan alat pemotong dan boleh diasing2kan shortbread tadi sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..
RM20.00 50 biji

Thursday, July 9, 2009

Biskut Almond Coklat Rice

Almond Coklat Rice & Coklat yang telah dpaking dalam botol
nyammy...sdpnye....

Biskut Almond Coklat Rice

Bahan-bahannya:-
250gm buttercup
300gm tepung hong kong
50gm tepung jagung
100gm serbuk badam
100gm gula kaster
1 biji kuning telur
hiasan
coklat masakan
coklat rice warna putih (sembarang pun xpea)
pukul buttercup dengan gula hingga kembang sedikit...masukkan telur dan gaul sebati dan masukkan tepung sedikit demi sedikit gaul sehingga menjadi doh...dan boleh dibentuk...bentukkan menjadi bentuk lonjong...bakar pada suhu 170'C selama 20 minit atau sehingga masak.
Tips untuk bis: Jangan uli terlalu lama memadai doh sebati sahaja....kalau terlalu lama di uli ndti biskutnya keras walaupun guna butter...keh3x...
RM20.00 50 Biji
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...