Saturday, June 27, 2009

Kek Marble

Tara....inila kek zebra yang aku ubah menjadi kek marble sebab kerajinan aku semalam...resepi dr sumber Jo's Deli Bakery...




BAhan-bahannya:-

6 biji telur yang kecil (bwm gunakan 4 biji telur gread A)
110gm gula kaster
150gm tepung kek (bwm guna tepung hong kong)
1/2 sudu teh baking powder (bwm guna 1 sudu teh)
1/2 sudu besar ovalette
100gm mentega dicairkan
30gm susu pekat manis (bwm taruh 3 sudu makan)
1 sudu teh vanilla

2 sudu teh serbuk koko (x taruh pun "lupa")
3-4 sudu besar air (x taruh hheheh)
1 sudu teh coklat emulco (dkt setengah bootol kecik bwm taruh heheh)

hirisan badam/badam cincang (x taruh)

cara-caranya:-

1. panaskan oven suhu 170 darjah c. lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8".
2. ayak tepung dan baking powder. ketepikan.
3. pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10 minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental.
4. masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esan vanila dan putar menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati.
5. bahagaikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian.
6. menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat.selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir adunan habis. mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain.
7. taburkan dengan hirisan badam dan bakar pada suhu 170 darjah c selama 35 minit. bwm bakar selama 40 minit...cuba la sedappppp.....lembut lagiii....hehehe....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...